Ketika penghakiman dibacakan, ramai yang mula berspekulasi bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim mungkin akan didapati bersalah meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan. Seorang anak Anwar kelihatan menitiskan air mata.<br /><br />Sebelum itu, Ketua Hakim Negara Tun Ariffin Zakaria memutuskan bahawa tiada gangguan pada penjagaan sampel dan berkata pegawai penyiasat Jude Periera berhati-hati mengendalikannya. Oleh itu,katanya, sampel DNA tidak tercemar.