ADUN Simpang Pulai Tan Kar Hing ditahan di belakang Istana Kehakiman ketika polis membawa Datuk Seri Anwar Ibrahim beredar daripada bangunan itu.<br /><br />Selain tangkapan itu, terdapat juga sedikit ketegangan selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan terakhir Anwar yang didapati bersalah meliwat bekas pembantunya Mohamad Saiful Bukhari Azlan.<br /><br />Keadaan itu memaksa polis anti-rusuhan FRU mengeluarkan dua kali amaran sebelum penyokong ketua pembangkang itu beredar.