PAS bercadang mahu membawa ibu bekas anggota komando polis, Sirul Azhar Umar yang dijatuhkan hukuman bunuh kerana membunuh warga Mongolia, Altantuya Sharibuu ke Australia bagi melihat perkembangan anaknya.<br /><br />Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, beliau mahu mempertemukan Sirul dengan ibunya, Piah Samad kerana wanita 74 tahun itu khuatir tidak berpeluang berjumpa lagi sebelum akhir hayatnya.
