Sebagai bertindak balas terhadap militan Negara Islam atau IS yang membakar hidup-hidup juruterbangnya yang ditawan di Syria, Jordan mengarahkan pesawat perangnya melancarkan serangan baharu.<br /><br />Arahan itu dibuat selepas Raja Abdullah II menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga juruterbang itu yang menggesa kerajaan Jordan "memusnahkan" militan berkenaan.
