Menjelang Selasa ini, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan penyokong Pakatan Rakyat bahawa perjuangan mesti diteruskan sama ada dengan ataupun tanpa dirinya.<br /><br />Dilihat sebagai sidang media terakhirnya sebelum keputusan rayuan kes liwat II yang membabitkan dirinya diumumkan, Anwar berkata di dalam politik tidak ada sesiapa yang tidak dapat digantikan.