Angka kematian nahas pesawat TransAsia Airways yang terhempas di sungai Taipei sejurus berlepas kini meningkat kepada 31 orang.<br /><br />Menurut jurucakap Taiwan, angka itu mungkin bertambah kerana 12 orang masih dilaporkan hilang.<br /><br />Pesawat TransAsia penerbangan GE235, yang membawa 58 penumpang dan anak kapal mengalami masalah sejurus berlepas dari Lapangan Terbang Taipei semalam sebelum terlanggar lebuh raya bertingkat dan terhempas di dalam sungai.
