Polis akan mengambil tindakan terhadap penyokong JDT mempamer tifo anjing semasa perlawanan akhir Piala Sumbangsih di stadium Larkin antara Pahang dan Johor Darul Takzim. <br /><br />Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, tindakan meluahkan kritikan terhadap Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menggunakan tifo bapa dan anak anjing sebagai tidak waras.