Biro Aduan Gerakan hari ini membuat aduan kepada polis berhubung lambakan beras di sebuah kilang di Behor Mali dekat Kangar sejak kira-kira tiga tahun lalu.<br /><br />Menurut timbalan pengerusi biro itu, Ben Liew, pihaknya khuatir ada pihak yang cuba menyorok beras semasa musim perayaan seperti tahun baharu Cina dengan tujuan untuk menaikkan harga beras.
