Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa Pakatan Rakyat tidak akan berpecah sekalipun dirinya dihumban ke penjara.<br /><br />Dalam wawancara eksklusif yang disiarkan lidah rasmi DAP, The Rocket, katanya tiada apa yang perlu dibimbangkan sekalipun jika keputusan kes liwat II pada 10 Februari ini tidak memihak kepadanya.<br /><br />Beliau juga meminta Menteri Besar Selangor Azmin Ali bertindak "lebih berani" untuk membawa perubahan lebih baik dalam Pakatan.
