Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memustuskan bahawa Akta Perhimpunan Aman 2012 adalah sah dan mengikut perlembagaan.<br /><br />Keputusan itu dibuat semasa menolak tuntutan saman kerajaan Malaysia terhadap bekas Pengerusi Bersama BERSIH 3.0, Datuk S. Ambiga dan 14 yang lain.<br /><br />Menurut Hakim Datuk John Louis O' Hara, Ambiga dan yang lain tidak boleh dipertanggungjawabkan berhubung dakwaan kegagalan mengawal perhimpunan itu, tiga tahun lalu.