Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad berkata rata-rata penyokong pembangkang yang berjumlah lebih 5 juta orang yang mengundi Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum lalu tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku dalam gabungan itu hari ini.<br /><br />Secara umumnya, kata beliau, penyokong mahu pemimpin PKR-DAP-PAS supaya menghentikan perbalahan secara terbuka dan mengharapkan Pakatan Rakyat mampu menjadi alternatif kepada BN.