Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, kerjasama antara PAS dan Pakatan Rakyat akan tetap diteruskan dan kukuh walaupun sekiranya Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dimasukkan ke penjara.<br /><br />Ini kerana, katanya, semasa Barisan Alternatif ditubuhkan, Anwar pada ketika itu berada di dalam penjara dan sebarang mesyuarat di pengerusikan oleh Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.