Menteri Besar Selangor Mohamad Azmin Ali mempersoalkan sama ada kira-kira 100 peserta demonstrasi yang membantah pembinaan kondominium mewah di projek Datum Jelatek di Taman Keramat, semalam terdiri daripada penduduk tempatan.<br /><br />Beliau mengulas soalan wartawan yang mahu mendapat maklumbalas beliau berhubung tindakan peserta demo yang bertukar menjadi ganas pada perhimpunan semalam.