Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK) mahu Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang ditangguhkan pelaksanaannya tahun ini semasa semakan Bajet 2015 sebagai langkah berjimat cermat dikaji semula.<br /><br />Menurut presidennya, Tan Sri Abdul Aziz Rahman, program PLKN harus diteruskan kerana tahap perpaduan negara dan pembinaan negara bangsa di Malaysia masih belum berada pada tahap matang.
