Selepas mengorbankan lebih separuh daripada usianya berkhidmat kepada ibu pertiwi, Zaidi Ahmad, mengakui amat sedih kerana dipecat atas kesalahan membuat kenyataan media tanpa izin Majlis Angkatan Tentera.<br /><br />Keputusan Mahkamah Tentera memecatnya dibuat genap pada sehari selepas ulang tahun ke-26 Zaidi bertugas bersama TUDM.<br /><br />Dalam wawancara Sabtu lalu, Zaidi reda dengan pemecatan itu dan yakin beliau melakukan perkara yang betul.