Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika menyampaikan Perutusan Khas mengenai ekonomi dan kewangan semasa negara di PICC, Putrajaya menegaskan negara tidak berada dalam krisis ekonomi.<br /><br />Sebaliknya, kata beliau, langkah berjimat-cermat terpaksa diambil berikutan perubahaan lanskap ekonomi global yang berada di luar kawalan negara.
