Bagi merancakkan pasaran domestik berikutan kejatuhan harga minyak mentah global, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyarankan supaya waktu membeli-belah dilanjutkan.<br /><br />Berucap ketika menyampaikan Perutusan Khas Perkembangan Ekonomi Semasa dan Kedudukan Kewangan Negara di PICC, Putrajaya, katanya, jumlah ‘jualan mega’ juga perlu ditingkatkan manakala kempen membeli barangan Malaysia juga akan diperhebatkan.