Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak dapat mendedahkan mengenai bentuk bantuan yang disediakan oleh Paul Phua kepada kerajaan kerana ia membabitkan rahsia besar negara.<br /><br />Malah, katanya, maklumat-maklumat rasmi kerajaan itu turut dilindungi oleh Akta Rahsia Rasmi 1972.
