Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad sedia menggantikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk berdebat secara terbuka dengan Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty Eric Paulsen berhubung isu ekstremisme.<br /><br />Katanya, Jakim seharusnya menerima saranan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabeery Cheek supaya forum itu disiarkan secara langsung kerana ia peluang menjelaskan perkara sebenar kepada orang ramai.