Zaidi Ahmad kini berazam untuk lebih banyak berbakti kepada masyarakat apabila berada di luar pasukan Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM) selepas dipecat oleh Mahkamah Tentera pada 12 Januari lalu.<br /><br />Katanya, jika tidak dipecat sekali pun, peranan beliau dalam TUDM dihadkan apabila beliau dihalang terbang serta merta dalam masa 24 jam selepas membuat laporan polis berkenaan isu dakwat kekal pada 1 Mei 2013.
