Penyelam berjaya mengangkat keluar perakam suara kokpit (CVR) dari serpihan pesawat AirAsia penerbangan QZ8501 yang ditemui berhampiran lokasi ketika penemuan perakam data penerbangan.<br /><br />CVR itu kemudiannya dibawa ke Jakarta untuk dianalisis bagi menentukan punca nahas yang menyebabkan pesawat itu terhempas di Laut Jawa pada 28 Disember lalu.
