Peguam Kamarul Hisham Kamaruddin percaya Mahkamah Persekutuan terkhilaf apabila mendapati anak guamnya Sirul Azhar Umar bersalah dan menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atasnya kerana membunuh warga Mongolia, Altantuya Shaaribuu.<br /><br />Katanya, hujah beliau itu bersandarkan dua isu - bukti bahawa Sirul membawa polis ke lokasi jenayah dan selipar berlumuran darah yang dijumpai di keretanya yang dikatakan milik Altantuya.
