Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengelak daripada mengulas isu surat kontroversi yang diutuskan oleh seorang lagi menteri kabinet mengenai warga Malaysia yang didakwa sebagai raja judi, Paul Phua.<br /><br />Katanya, soalan mengenai kritikan yang timbul bahawa Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi melanggar konvensyen diplomatik kerana mengeluarkan surat dengan melangkaui Kementerian Luar harus ditujukan kepada Zahid.