Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein memberi amaran bahawa serangan pengganas di Paris, Rabu lalu yang mengakibatkan 12 orang terbunuh boleh berlaku di negara ini.<br /><br />Katanya apa yang berlaku itu bukannya sesuatu yang tidak dijangkakan dan semua pihak tidak seharus memandang ringan kerana tidak mustahil ia berlaku di negara ini.
