Sekurang-kurangnya 12 orang terkorban selepas tiga lelaki yang dilengkapi senapang jenis Kalashnikovs dan pelancar peluru berpandu menyerang pejabat akhbar mingguan Charlie Hebdo.<br /><br />Charlie Hebdo atau bermaksud mingguan Charlie adalah akhbar sinis yang sebelum ini telah menyiarkan karikatur Nabi Muhammad SAW pada 2011.<br /> <br />Terbaru, akhbar berkenaan menyiarkan kartun yang menampilkan ketua Kumpulan Negara Iraq dan Jajahannya (IS), Abu Bakr al-Baghdadi.
