Akhbar Thailand, The Bangkok Post melaporkan bahawa lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke ibu negara jiran itu pada hujung minggu lalu adalah “lawatan peribadi” untuk berehat dan beriadah.<br /><br />Memetik sumber yang dekat dengan rakan sejawatan Najib, General Prayut Chan-o-cha, akhbar itu berkata bahawa lawatan berkenaan bukan kunjungan rasmi.
