Datin Seri Rosmah Mansor mendedahkan bahawa tidurnya bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pernah terganggu kerana bunyi bising motosikal penunggang yang sedang berlumba atau dikenali sebagai mat rempit.<br /><br />Berucap pada majlis penutup Program Kem PERKASA di UKM, katanya, orang ramai tidak harus berputus asa terhadap golongan itu kerana mereka mempunyai iltizam untuk menjadi insan yang baik.