Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek memaklumkan kementeriannya akan menjalankan 'operasi pasca banjir' mulai esok bagi memantau harga makanan dan barangan keperluan asas harian di pasaran.<br /><br />Katanya, tindakan tegas akan diambil ke atas mereka yang mengaut keuntungan berlebihan dan pihaknya mengambil berat rungutan orang ramai yang mendakwa harga beberapa barangan naik mendadak di beberapa kawasan baru-baru ini selepas banjir.
