Menteri Besar Mohamad Azmin Ali berkata berdasarkan cop pengesahan penerimaan dari pejabat menteri besar Perak, beliau mengandaikan negeri itu telahpun menerima sumbangan RM100,000 daripada Selangor sebagai bantuan untuk mangsa banjir.<br /><br />Justeru, katanya, beliau tidak tahu mengenai laporan oleh media rasmi kerajaan negeri, bahawa kerajaan negeri Perak menolak wang sumbangan berkenaan.