Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes berkata syarikat itu masih tiada jawapan terhadap apa yang berlaku kepada pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang hilang awal pagi semalam.<br /><br />Bercakap pada sidang media di Surabaya, Indonesia, beliau berkata sebelum pesawat Airbus A320-200 untuk perjalanan ke Singapura itu berlepas, pesawat itu dalam keadaan baik dan telah menjalani penyenggaraan seperti dijadualkan pada November lalu.<br /><br />Katanya, kehilangan itu satu kejutan besar dan sukar dipercayai.