Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai pada sidang akhbar sebentar tadi memaklumkan bahawa Malaysia telah menggerakan aset tentera dengan menghantar sebuah pesawat Hercules C-130 dan tiga kapal bagi membantu operasi mencari dan menyelamat pesawat AirAsia penerbangan QZ8501 yang hilang sejak pagi tadi.<br /><br />Katanya, walaupun aset berkenaan digerakkan ke perairan Pulau Belitung, namun setakat ini, belum ada pengesahan bahawa pesawat berkenaan telah dijumpai sekitar periaran pulau berkenaan seperti laporan sesetengah media.