Antara topik yang menjadi perbincangan masyarakat Kelantan sejak banjir melanda di negeri itu lebih seminggu lalu adalah mengapa kerajaan pusat tidak mengisytiharkan darurat?<br /><br />Pesara guru, Osman Awang Hamat berkata, dengan suasana meruncing yang berlaku, perisytiharan itu sepatutnya dibuat.