PAS mahu kerajaan negeri Kelantan memberikan taklimat berhubung pindaan enakmen syariah yang akan dibuat di negeri itu.<br /><br />Ketua Penerangannya, Datuk Mahfuz Omar berkata, walaupun PAS Pusat sendiri tidak mengetahui apakah isi kandungan pindaan yang akan dibuat, namun beliau berharap agar taklimat berhubung perkara berkaitan dibuat.