Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Nazri Aziz hari ini mencabar pemimpin Pakatan Rakyat supaya meminda enakmen negeri Selangor bagi membolehkan masyarakat bukan Islam menggunakan kalimah Allah di negeri itu.<br /><br />Katanya, perkara itu bukan masalah kerana PAS-PKR-DAP kini menguasai dua pertiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.
