Hudud bukan dasar bersama Pakatan Rakyat dan PAS patut membawa perkara itu untuk perbincangan dalam Majlis Presiden Pakatan, kata Menteri Besar Selangor Azmin Ali.<br /><br />Sebaliknya, katanya, ketika krisis semasa ekonomi, Pakatan akan menumpukan pada isu lebih besar “maqasid syariah” (objektif syariah) seperti dalam hal ekonomi, sosial dan keselamatan.