Kekecohan berlaku hari ini di ibupejabat DAP Perak di Ipoh apabila sekumpulan lelaki yang berbaju dengan logo kumpulan pendesak Melayu cuba merobekkan poster sambutan Krismas.<br /><br />Menurut ADUN Tebing Tinggi Ong Boon Piow, beliau hampir dicederakan oleh kumpulan lelaki yang bertindak ganas itu tetapi kehadiran polis berjaya mengelakkan kejadian yang tidak diingini daripada berlaku.