Timbalan Presiden MIC Datuk Seri Dr S Subramaniam enggan mengulas kekecohan yang tercetus di luar ibu pejabat MIC ketika anggota Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) meninggalkan bangunan itu selepas menghadiri mesyuarat tergempar petang semalam.<br /><br />Pada kejadian itu, Presiden MIC Datuk G Palanivel sendiri dikerumuni ahli MIC yang berang dengan teriakan "letak jawatan" manakala kepala Pengerusi Jawatankuasa MIC Datuk KS Nijhar ditampar.