PAS hari ini mahu tahu jika tokoh wartawan negara, Datuk Abdul Kadir Jasin dimaksudkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai 'blogger bangang' yang menyerang dirinya<br /><br />Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar mengajukan persoalan itu sewaktu mengulas teguran Najib terhadap penulis-penulis blog pro-Umno yang mengkritik Umno.<br /><br />Najib berkata tiada istilah 'tembakan mesra' dan blogger yang digajikan Umno seharusnya sedar siapa majikan mereka dan jangan terus bersikap 'bangang'.
