Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Mohd Shamsudin Lias menolak pelantikan sebagai pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Kerajaan (PAC).<br /><br />Katanya, beliau akan menulis surat kepada Speaker Dewan, Hannah Yeoh untuk memaklumkan penolakan itu.<br /><br />Menurut Shamsudin, pelantikan berkenaan tidak bermakna kerana BN selaku PAC tidak mempunyai kuasa untuk menyemak kira pentadbiran negeri kerana jawatankuasa itu hanya mempunyai dua wakil BN.
