Pengarah Liew Seng Tat menafikan filem arahannya “Lelaki Harapan Dunia” memperlekehkan masyarakat Melayu dan merayu agar penonton tidak memboikotnya.<br /><br />Katanya, tindakan, beberapa pengarah lain yang menyeru agar filemnya diboikot adalah sesuatu yang tidak beretika kerana ini akan menghalang hak untuk meluahkan pendapat yang berbeza.