Beberapa NGO India yang bernaung di bawah Tamilar Action Force (TAF) akan membuat laporan polis di seluruh negara ke atas Ketua Umno Bahagian Permatang Pauh, Datuk Mohd Zaidi Mohd Said.<br /><br />Ia berhubung perbahasannya semasa perhimpung agung Umno minggu lalu yang melabelkan masyarakat India sebagai ‘keling’.<br /><br />Hari ini Persatuan Progresif India Malaysia (MIPAS) menerusi setiausaha agungnya, S Barathidasan membuat laporan polis di Klang.