Kerajaan akan memastikan tindakan lebih tegas dan segera terhadap penghasut diambil selaras pindaan Akta Hasutan 1948 kelak, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.<br /> <br />Dalam ucapan penggulungannya, beliau yang juga adalah naib presiden Umno memberi statistik pesalah di bawah Akta Hasutan pada 2010 sebanyak 40 orang berbanding 12 orang pada tahun ini.
