Pada ucapannya penggulungannya di Perhimpunan Agung Umno, Datuk Seri Najib Razak berkata keputusannya mengekalkan Akta Hasutan (1948) adalah kerana ia tanggungjawabnya sebagai perdana menteri menjaga keselamatan.<br /><br />Katanya, jika suara Umno mahukan undang-undang zaman penjajah itu dikekalkan, beliau memilih untuk menerima hasrat ahli-ahli Umno seluruhnya, walaupun ada di kalangan rakyat yang tidak bersetuju.