Sekurang-kirangnya 400 penunjuk perasaan ditangkap di pinggir bandar St. Louis dan di beberapa tempat di Amerika Syarikat kerana terbabit dalam rusuhan.<br /><br />Mereka berdemonstransi kerana membantah keputusan mahkamah membebaskan seorang anggota polis berkulit putih atas dakwaan menembak mati seorang remaja kulit hitam di Missouri pada 9 Ogos lalu.<br /><br />Tunjuk perasaan turut diadakan di Boston, New York, Los Angeles, Dallas, Atlanta dan beberapa buah bandar lain sehingga mencetuskan perdebatan tentang hubungan perkauman di Amerika.
