Pensyarah undang-undang Universiti Malaya Profesor Madya Dr Azmi Sharom berkata isu ekonomi di negara ini sebenarnya bukan mengenai ras ataupun etnik tetapi seringkali dipolitikkan untuk kepentingan kerajaan.<br /><br />Katanya, ia sebenarnya adalah isu kelas kerana golongan yang dianggap miskin di negara ini bukan sahaja terdiri daripada orang Melayu tetapi membabitkan bangsa-bangsa lain.
