Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini menegur ahli parlimen yang suka bertanyakan soalan membabitkan dasar, semasa sesi soal jawab, dan soalan yang tidak mempunyai matlamat jelas.<br /> <br />Teguran itu dibuat semasa giliran Datuk Norah Abd Rahman (BN-Tanjong Manis) yang mengemukakan soalan mengenai langkah-langkah yang diambil untuk memastikan sasaran 55 peratus penyertaan wanita dalam pasaran pekerjaan pada penghujung tahun 2015 dapat dicapai dan pencapaian dasar sekurang-kurangnya 30 peratus wanita di peringkat pembuat keputusan dalam sektor korporat.<br /> <br />Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datin Paduka Chew Mei Fun kemudian mengambil masa kira-kira 11 minit untuk menjawab soalan itu.