Ketua Pembangkang Selangor Datuk Mohd Shamsudin Lias membidas ADUN Kajang Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail yang didakwanya mengabaikan tanggungjawabnya kerana tidak menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri yang sedang berlangsung.<br /><br />Katanya, walaupun peraturan DUN membenarkan beliau bercuti, presiden PKR itu perlu pulang dari luar negara lebih-lebih lagi kawasan yang diwakilinya itu kini dilanda banjir kilat.