Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Umno 2014 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) mengumumkan Akta Hasutan (1948) tidak akan dimansuhkan.<br /><br />Sebaliknya, katanya undang-undang itu akan diperkuat dan diperkukuhkan dalam sekurang-kurangnya dua perkara, iaitu melindungi kesucian Islam dan pada masa yang sama agama lain juga tidak boleh dihina serta bertindak tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba menghasut supaya Sabah dan Sarawak keluar dari Malaysia.