Kerajaan Selangor memperuntukkan dana sebanyak RM2.4 juta bagi memboleh 12 orang wakil rakyat BN di negeri itu mendapat masing-masing sebanyak RM200,000 setahun.<br /><br />Menteri Besar Mohamed Azmin Ali ketika membentangkan belanjawan 2015, berkata, peruntukan itu diberi bagi tujuan Program Mesra Rakyat serta meningkatkan khidmat ADUN kepada rakyat dan menjamin prinsip demokrasi.<br /><br />Selain wakil rakyat BN, ADUN Pakatan turut mendapat peruntukkan yang ditambah iaitu sebanyak RM700,000 setahun.