Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli melabel penstrukturan semula RM876 juta dalam bentuk hutang sebagai “penyelamatan” dan “hapus kira”.<br /><br />Katanya, apa yang dilakukan oleh Putrajaya adalah menambah liabiliti kepada kerajaan.<br /><br />Kerajaan hari ini membentangkan dua usul untuk menukar hutang RM400 juta dan RM476 juta, yang masing-masing diberikan kepada Malaysia Debt Ventures (MDV) dan Prasarana, kepada ekuiti dan pegangan dalam syarikat.